Pembiakan secara Tut

PEMBIAKAN SECARA TUT
=====================

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu lepas kita telah bercerita tentang kaedah pembiakan melalui keratan batang, di mana kaedah tersebut antara kaedah yang paling mudah dalam menghasilkan anak pokok dalam kuantiti yang banyak. Pada kali ini, kita akan berkongsi berkenaan satu lagi kaedah pembiakan iaitu kaedah Tut ataupun Markot.

Tut merupakan satu kaedah pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Teknik ini akan menyekat bahagian yang di tut daripada mendapat makanan daripada pokok induk, dan ini akan menyebabkan dahan tersebut mengeluarkan akar sendiri untuk mencari sumber makanan dan air.

Antara persamaan antara kaedah keratan batang dan tut adalah, ciri-ciri yang terdapat pada pokok induk akan diwarisi sepenuhnya oleh anak pokok baru. Dan juga, tanaman melalui kaedah tut ini lebih cepat matang berbanding dengan tanaman melalui kaedah keratan batang.

Akan tetapi, terdapat beberapa kekurangan dalam penggunaan kaedah tut ini. Pembiakan melalui kaedah tut ini tidak dapat menghasilkan anak pokok yang banyak pada satu-satu masa kerana akan menganggu pokok induk. Kaedah tut ini juga memerlukan kemahiran dan juga teknik yang betul. Dan juga, tanaman daripada kaedah tut ini juga mudah tumbang kerana ketiadaan akar tunjang untuk menyokong pokok tersebut.

Ranting atau dahan yang dibuat tut akan mengambil masa 1-3 bulan untuk mula berakar. Tempoh masa ini berbeza bergantung kepada jenis tanaman. Penggunaan media untuk proses tut ini adalah bergantung pada kesesuaian masing-masing. Ada yang menggunakan media semaian untuk dijadikan sebagai media untuk tut, dan yang paling mudah, hanya menggunakan jiffy.




Bergantung kepada permintaan pelanggan, kami di Formeniaga Fig Farm menggunakan kedua-dua kaedah pembiakan ini.

Boleh lawati Facebook kami untuk mendapatkan maklumat yang terkini.
https://www.facebook.com/formeniagaTC/posts/687593231435722

"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"

Comments

Popular Posts