Indeks Kematangan Buah Tin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian hari ini kita nak bercerita tentang kemasakan atau kematangan buah tin. Merujuk kepada gambar di bawah, buah yang ditunjukkan adalah dari variety BTM6 di mana apabila masak, buah dari variety ini akan bertukar kepada kemerahan.

Indeks kematangan buah ini boleh dijadikan panduan untuk mengetahui bila waktu yang sesuai untuk memetik buah. 

Ada sesetengah yang lebih gemarkan buah yang separa masak, yakni ketika warna buah belum lagi bertukar kemerahan sepenuhnya kerana khasiat buah adalah paling tinggi pada tahap tersebut. Cuma, dari segi rasa, buah yang separa masak adalah sedikit tawar berbanding buah yang masak sepenuhnya.

Indeks 1:
Pada peringkat ini, buah masih lagi berwarna hijau dan saiznya masih lagi kecil. Tidak sesuai untuk dimakan dan teksturnya masih lagi keras kerana proses pembentukan buah dan isi (parenchyma) masih lagi berjalan.

Indeks 2:
Pada peringkat ini, buah sudah mulai kekuningan dan teksturnya masih lagi keras. Pada ketika ini, proses pembasaran buah masih lagi berlaku.

Indeks 3:
Separa masak atau juga dikenali sebagai Half-ripe. Pada peringkat ini, tekstur buah masih lagi keras tetapi warna buah sudah mula kemerahan sedikit. Ketika ini juga, kandungan nutrien buah adalah pada tahap yang paling tinggi. Bagi mereka yang mementingkan khasiat dalam pemakanan, buah pada peringkat ini sering menjadi pilihan golongan ini walaupun rasanya agak tawar.

Indeks 4:
Buah ada;ah pada peringkat hampir masak (lebih kurang 75%). Pada waktu ini, buah akan hampir kemerahan sepenuhnya, kebiasaannya buah akan bertukar warna merah di bahagian bawah, dan di bahagian atas, masih lagi kekuninga. Teksturnya pula masih lagi keras, dan rasa buah pada ketika ini adalah sedikit manis.

Indeks 5: 
Masak sepenuhnya (Full ripe). Buah pada ketika ini sering menjadi pilihan disebabkan rasanya yang manis dan teksturnya sedikit lembik. Pada umumnya, pada peringkat ini buah akan dipetik untuk dipasarkan.

Indeks 6:
Terlebih masak (Over-ripe). Pada ketika ini, buah akan mula bertukar menjadi merah kehitaman menandakan buah sudah terlebih masak, Teksturnya adalah lembik, tetapi rasa yang paling manis adalah pada ketika ini.. Yang gemarkan buah-buahan berasa manis, buah over ripe menjadi pilihan mereka. Dan ada juga menggunakan buah ini untuk dijadikan sebagai jus, jem, acar dan sebagainya.




Semoga perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat untuk anda semua.
"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"

Comments

  1. Assalamualaikum, saya En. Mohd Zuhairi bin Noordin, pengasas Jutawan Herbs.

    Saya perkenalkan herba warisan turun-temurun yg telah membantu ramai pesakit kanser tahap 1–4 sembuh dgn izin Allah. Ia juga berkesan untuk:

    ✔ Sirosis hati
    ✔ Luka kronik kencing manis & gula tinggi
    ✔ Sakit lutut
    ✔ Kencing tikus
    ✔ Radang paru-paru & sempit (COPD)

    Herba ini boleh diamalkan bersama rawatan hospital & kimoterapi, malah bantu percepatkan proses sembuh. Fokus utama herba ini adalah membunuh sel kanser sampai ke akar, agar tak berulang lagi.

    100% herba semulajadi – selamat, tidak bertoksik, & tidak ganggu rawatan moden.
    Boleh diamalkan harian utk mencegah kanser dan bantu rawat penyakit lain.


    Ramai dah sembuh! Antara testimoni:
    EN SHARIZAL - Kanser primary mediastinal large B-cell Lymphoma Stage 4B merebak ke paru-paru.

    Pn.Nor Hayati binti Hamid – kanser payudara ke paru-paru dan tulang tahap 4

    En.Mohd Asri bin Ahmad – kanser Usus tahap 2

    Suzana binti Ahmad – kanser Rahim & lidah tahap 4

    Nor Azian binti Sarif – kanser Payudara triple negative

    Muhd Aidil Izzat Bin Ariffin – Kanser Burrkit Lymphoma,B cell Phenotype tahap 4

    Noriza binti Baba - tapak kaki terbelah sbb kencing manis.hampir dipotong.
    Sekarang dah kering & bercantum semula.

    Dan ramai lagi...

    Nak tengok testimoni video pesakit yg sembuh?
    YouTube: Jutawan Herbs
    Blog: jusinfiniti.blogspot.com

    Jangan tunggu sakit melarat.
    Penawar dah ada, usaha sekarang.
    Saya sedia bntu anda – dari rawatan, pemakanan, hingga sokongan emosi.

    WhatsApp segera:
    017-468 7570 (En. Zuhairi)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts