AZOLLA SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN

Salam Jumaat semua.

Hari ni kita harvest azolla untuk dijadikan makanan tambahan itik.
Azolla ni nampak macam lumut, boleh ke dijadikan makanan haiwan?

Azolla merupakan sejenis tumbuhan berwarna hijau dari keluarga Azollaceae iaitu tumbuhan akuatik yang terapung di permukaan air. Azolla ini lebih dikenali sebagai Organic Superfood kerana kandungan nutrientnya yang sangat tinggi, terutama sekali kandungan Protein. Azolla dijadikan sebagai sumber makanan ternakan seperti itik, ikan, lembu, ayam dan lain-lain.

Dalam keadaan persekitaran yang sesuai (Optimum condition), Azolla mampu tumbuh dan membiak dengan cepat iaitu sekitar 35% setiap hari. Kajian saintis mendapati azolla mengandungi kandungan zat makanan tinggi dengan protein (25-30%), Asid Amino seperti Lisin (0.42%) iaitu jauh lebih tinggi daripada jagung, dedak dan byproduk beras. Ini menjadikan tumbuhan ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan makanan kepada aktiviti ternakan dan juga perikanan. Dalam penanaman padi ianya memang tidak dinafikan sangat memberikan kesan baik. Dibeberapa negara seperti di China dan Vietnam, penggunaan amalan agronomi kombinasi azolla terbukati memberikan hasil yang tinggi kepada tanaman padi mereka. Azolla yang sesuai dipanggil sebahaj 'Baja Hijau Semulajadi' ini memberikan baja N tambahann kepada padi.

Terdapat kajian oleh para saintis mendapati jenis Azolla microphylla lebih baik digunakan kerana jenis ini tumbuh lebih tebaal, bertompok-tompok dan ianya mengandungi nutrisi yang lebih tinggi (seperti gambar di bawah). Jenis ini sangat sesuai untuk ditanam dan dijadikan bahan makanan untuk ternakan seperti ternakan ikan, lembu, ayam, kambing dan sebagainya.

Cara menghasilkan tanaman azolla mudah sahaja iaitu dengan menyediakan kolam asas atau induk diisi dengan air. Pastikan ianya terdedah kepada cahaya matahari dan bubuh baja tahi kambing yang dibancuh di dalamnya. Masukkan benih azolla di dalamnya. Ada juga yang menggunakan baja kokei yang direndam di dalam kolam takungan azolla ini. Ianya akan membiak dengan cepat dan kutip hasilnya untuk diberi makan kepada haiwan ternakan anda.

Sekian perkongsian kali ini. Smoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.
#formeniaga #formeniagatrainingcentre


Comments

  1. Dalam air tu jentik2 tak membiak ke,bgi pencerahan risau jugak xpsal2 jdi denggi pulak,wsap 0123813457

    ReplyDelete
  2. Saya minta izin untuk kongsi di wall fb saya yea...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts