Assalamualaikum dan selamat pagi.

Untuk perkongsian sulung kita di dalam blog ini, kita akan berkongsi tentang pembiakan pokok dan untuk kali ini, proses pembiakan adalah melalui keratan batang.

KERATAN BATANG
===============

Pembiakan pokok boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan salah satunya adalah pembiakan melalui keratan batang.
Antara kelebihan proses pembiakan melalui keratan batang ini adalah mudah dilakukan dan dalam masa yang sama, boleh menghasilkan pokok-pokok baru dengan banyak dalam masa yang singkat. Pokok juga lebih cepat membesar jika dibandingkan dengan pembiakan melalui semaian biji benih.
Selain daripada itu, pokok yang terhasil mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pokok induk.

Antara pokok yang boleh dibiakkan melalui keratan batang adalah, Pokok Tin, tanaman hiasan seperti pokok puding, pokok bunga kertas, dan pokok bunga raya.

Terdapat 3 jenis keratan yang boleh dibuat; Keratan kayu lembut, Keratan kayu sederhana keras, dan juga Keratan kayu keras.


Untuk media semaian bagi keratan batang, antar media yang paling mudah digunakan adalah campuran cocopeat dan juga perlite ataupun cocopeat. Media yang lain seperti campuran tanah loam, bahan organik dan pasir sungai juga boleh digunakan.
Hormon pengakaran juga digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan akar pada keratan batang tersebut.

Dalam pemilihan dahan yang sesuai untuk dijadikan keratan batang, ciri-ciriyang perlu dititikberatkan adalah sepert berikut:
1- Dahan yang sihat
2- Dahan yang cukup matang
3- Tiada kesan dijangkiti penyakit

Keratan batang mengambil masa beberapa minggu untuk berakar, bergantung kepada kelembapan media. Untuk pokok tin, kebiasaanya mengambil masa 2 minggu untuk berakar.



Di Formeniaga Fig Farm, Kajang, kebiasaan proses pembiakan yang dibuat adalah melalui keratan batang kerana proses ini mudah, cepat dan juga dapat menghasilkan pokok yang banyak.






Boleh rujuk posting kami di Facebook juga, dan jangan lupa Follow kami.
https://www.facebook.com/formeniagaTC/posts/684614988400213




Comments

Popular Posts