Hidroponik

TAJUK: PERKONGSIAN HIDROPONIK
KEYWORD CARIAN: #hidroponik
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Hari ini kita akan berkongsi berkenaan penanaman melalui kaedah hidroponik. Alang-alang Formeniaga ada buat sale set hidroponik ni, meh kita cerita serba sedikit tentang hidroponik ini

Hidroponik merupakan satu cara penanaman tumbuhan yang tidak menggunakan tanah tetapi menggunakan air(hidro) sebagai media tanaman. Disebabkan hidroponik hanya menggunaan air sebagai media, risiko penyakit-penyakit bawaan tanah terutamanya dapat dielakkan dan dalam masa yang sama penggunaan racun dapat diminimakan.

Antara kelebihan penanaman melalui kaedah hidroponik ini adalah:
1- Tidak memerlukan siraman, disebabkan media yang digunakan adalah air, maka siraman adalah tidak perlu sama sekali. Jimat masa nak menyiram, kan.

2- Penjimatan ruang dan kawasan. Sistem hidroponik tidak memerlukan kawasan yang luas kerana kaedah ini hanya menggunakan bekas yang diisikan dengan air sahaja. Batas, polibeg, tanah, semuanya tak diperlukan. Maka, sangat sesuai untuk ditanam di dalam mahupun di luar rumah walaupun di ruangan yang kecil.

3- Hasil tanaman hidroponik boleh dimakan secara keseluruhannya termasuk akar, disebabkan tanaman bebas daripada hama dan juga kotoran. Yang penting, dijamin sihat.

Apa yang diperlukan untuk memulakan tanaman melalui kaedah hidroponik ini?
Bahan-bahan yang diperlukan adalah mudah, dan kebanyakannya boleh didapati di dalam rumah sendiri.

Anda hanya memerlukan:
1- Bekas air dan penutup yang telah dibuat lubang (untuk diisi dengan cawan hidroponik)
2- Cawan hidroponik ataupun cawan yang telah dibuat lubang dibawahnya
3- Set baja AB
4- Kapas dan juga biji benih.

Mudah, bukan? Nak lagi mudah, Formeniaga ada menjual set lengkap Hidroponik 😆 (promot siket)

Kaedah penanaman:
1- Isikan bekas air sehingga hampir penuh, lebih kurang 2cm daripada penutup.
2- Kapas direndam dan diletakkan di dalam cawan hidroponik.
3- Letakkan beberapa biji benih ke dalam cawan hidroponik yang telah diletakkan kapas.
4- Tutup cawan dengan plastik hitam atau gelap sehingga biji benih bercambah.
5- Selepas biji benih bercambah, buka plastik hitam dan campurkan baja ke dalam bekas air.
6- Sukatan baja AB adalah seperti berikut:

EC 0.5 : 3ml (AB)/ L
EC 1.0 : 5ml (AB)/ L
EC 1.5 : 10ml (AB)/ L
EC 2.0 : 15ml (AB)/ L
EC 2.5 : 17ml (AB)/ L

7- Baja diberi adalah mengikut tumbesaran pokok.
8- Hasil boleh dituai setelah mencapai tempoh matang tanaman (berbeza mengikut tanaman)
Tadaaaaaaaa! Senang kan penanaman melalui kaedah hidroponik ni. Semua orang dah boleh tanam sayur sendiri lepas ni 😆
Harap dapat membantu anda semua.
'Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari'






Untuk pembelian, boleh klik di sini:
https://www.facebook.com/formeniaga/posts/948836228601232

Comments

Popular Posts