Mikronutrient untuk tumbuhan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini kita akan berkongsi sedikit ilmu berkenaan mikronutrients ataupun dikenali juga sebagai trace elements.
Seperti Makronutrient (N,P,K) trace elements ini juga diperlukan oleh pokok untuk proses tumbesaran yang baik. Keperluan trace elements untuk pokok berbeza mengikut spesis, akan tetapi kebiasaanya pokok memerlukan trace elements seperti ferum (Fe), mangan (Mn), boron (Br) dan juga zinc (Zn).
Kita akan huraikan serba sedikit berkenaan TE ini.
1- Ferum (Fe)
-Element ferum ini diperlukan untuk fungsi enzim dan juga sebagai 'catalyst' untuk penghasilan klorofil. Elemen in sangat diperlukan oleh bahagian tumbuhan yang sedang membesar, dan kekurangan Fe akan menyebabkan daun berwarna pucat seterusnya kan bertukar menjadi kuning.

2- Manganese (Mn)
- Mn terlibat dalam aktiviti enzim untuk proses fotosintesis, pernafasan dan juga aktiviti metabolisma nitrogen. Kekurangan Mn akan menyebabkan daun menjadi kuning.

3- Boron (Br)
- Boron diperlukan dalam pembentukan dinding-dinding sel, pengambilan kalsium, dan juga membantu dalam translokasi gula di dalam pokok. Br mempengaruhi sekurang-kurangnya 16 fungsi dalam tumbuhan termasuk; penghasilan bunga, penghasilan buah dan juga pergerakan hormon. Dan kehadiran boron sangat diperlukan sepanjang kitaran hidup pokok. Kekurangan boron akan menyebabkan daun tebal, kerinting dan rapuh dan akan menyebabkan bintik coklat pada buah.

4- Zinc (Zn)
- Zinc merupakan elemen dalam metabolisma karbohidrat, penghasilan protein dan juga tumbesaran batang pokok. Kekurangan Zn akan menyebabkan daun berbintik dengan kawasan cholorotic yang tidak teratur. Kekurangan Zn ini juga akan membawa kepada kekurangan Fe yang menunjukkan tanda-tanda yang sama.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Lawati Facebook kami di https://www.facebook.com/formeniagaTC/ atau hubungi kami secara terus di 012.4655776 untuk sebarang pertanyaan.
Comments
Post a Comment