Media Tanaman untuk Pokok Tin

TAJUK : PENYEDIAAN TANAH UNTUK TANAMAN POKOK TIN.
KEYWORD CARIAN : #ftctanah

Pelbagai media boleh digunakan sebagai medium tanaman pokok tin. Walaubagaimanapun ianya perlu menepati prinsip di bawah :

1. Medium berupaya menyimpan & membekalkan nutrient pada akar
2. Medium memberikan ruang udara secukupnya bagi akar berkembang - PENTING
3. Medium berupaya memegang kuat dan menyokong pokok
4. Medium perlu poros dan memegang air dengan baik - PENTING
5. Medium bebas penyakit dan nilai pH yang baik
6. Mudah didapati dengan kos yang rendah
7. Selamat diguna & tidak membahayakan kesihatan.

Penjagaan medium adalah yang paling penting dalam pengurusan pokok. Medium yang bermasalah akan menyebabkan pokok tidak berupaya untuk menyerap nutrient sekaligus akan menyebabkan pokok akan menjadi tidak sihat dan mati. Oleh itu medium perlulah diselenggara secara berjadual sekurang-kurangnya setiap bulan dengan pemberian zeolite/Dolomite/GML bagi mengawal pH serta 3 bulan sekali dengan perawat tanah/soil conditioner.

Berikut adalah contoh campuran media bagi pokok tin. Kami di Formeniaga menggunakan campuran yang pertama. Mudah didapati dan rendah kos.

MEDIUM NISBAH
PASIR : TOPSOIL : COCOPEAT (1:1:1)
PASIR : TANAH : PERLITE (1:2:1)
TANAH CAMPURAN : VERMICULITE (2:1)
TANAH CAMPURAN : TANAH MERAH BAKAR (1:1)
TANAH CAMPURAN : PERLITE (7:3)
TOPSOIL : PASIR : PEATMOSS (3:1:1)
TOPSOIL : PASIR : PEATMOSS : SEKAM BAKAR (2.5:1:1:0.5)
TOPSOIL : TANAH BAKAR : PASIR : COCOPEAT : SEKAM BAKAR : SEKAM MENTAH (1:1:1:1:2:0.5)



Selamat Mencuba!

Lawati Facebook kami di https://www.facebook.com/formeniagaTC/ untuk pelbagai perkongsian menarik.

Comments

Popular Posts