Baja Ekstrak Tumbuhan
Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca sekalian.
TAJUK: CARA-CARA MEMBUAT BAJA EKSTRAK TUMBUHAN
KEYWORD CARIAN: #bajatumbuhan
KEYWORD CARIAN: #bajatumbuhan
Hari ini kita nak berkongsi satu lagi ilmu dengan anda semua iaitu cara-cara nak buat baja daripada ekstrak tumbuhan terutama sekali ketika tumbuhan dalam fasa tumbesaran.
Berdasarkan apa yang kita tanam, itulah bahan utama yang kita guna untuk ekstrak baja ini.
Tanam pisang? Guna pisang muda.
Tanam tomato? Guna tomato muda.
Tanam pisang? Guna pisang muda.
Tanam tomato? Guna tomato muda.
Apa sahaja yang anda tanam, boleh ditukarkan untuk menjadi baja, dan kegunaan anda sendiri. Yang penting, ORGANIK.
APA YANG ANDA PERLUKAN?
1- Pucuk muda/Buah muda
2- Gula perang
3- Bekas simpanan
CARA-CARA:
1- Cincang bahagian tumbuhan yang anda pilih dan simpan di dalam balang kaca atau tembikar. Jika anda memilih buah tomato muda, cincang terlebih dahulu buah tersebut.
2- Campurkan gula perang 1/3 - 1/2 berat daripada berat yang tumbuhan yang digunakan. Jika anda menggunakan 1kilo tumbahan, campurkan 300g - 500g gula merah.
3- Gunakan pemberat seperti batu untuk menekan cincangan tumbuhan dari atas, supaya mendapat lebih banyak ekstrak.
4- Penuhkan sehingga 3/4 penuh balang yang digunakan.
5- Tutup dengan kain dan simpan di tempat yang gelap.
6- Sedia digunakan selepas 7-10 hari.
*Boleh baca infografik di bawah untuk Tips-tips yang berguna dalam penghasilan baja ini.
Selamat mencuba 😉😉
Comments
Post a Comment