Ada Apa Dengan Bawang Putih

DA APA DENGAN BAWANG PUTIH?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bawang? Kita bukan nak membawang ya hari ini 🤣 Kita nak bercerita tentang khasiat bawang. Bawang putih ini banyak khasiatnya, bukan sahaja digunakan dalam masakan, bahkan digunakan juga untuk tanaman sebagai salah satu cara untuk mengawal perosak, atau dijadikan sebagai racun organik.

Khasiat bawang putih:
1- Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antivirus dan antibarah yang boleh mengurangkan risiko serangan jantung

2- Kehadiran fitokimia metilalil trisulfat di dalam bawang putih dikatakan dapat menurukan tekanan darah, di mana ia berfungsi untuk mengembangkan dinding pembuluh darah.

3- Sebagai agen antikulat di mana berkesan dalam merawat jangkita kulat di bahagian kaki.

4- Berfungsi untuk mengeluarkan angin di dalam perut, merangsang pengeluaran peluh, dan juga membantu menyingkirkan cacing di dalam perut dan usus.

Bawang putih sebagai racun organik.
Terdapat beberapa kaedah dan campuran dalam menghasilkan racun organik yang diperbuat daripada bawang putih ini. Terbukti untuk menghalau serangga yang sering muncul pada tanaman, apa kata buat sendiri di rumah. Lebih jimat kan. Kami kongsikan beberapa resipi racun serangga yang menggunakan bawang putih.

1- Bawang putih & minyak masak
*200g bawang putih + 500ml minyak masak.
>Kisar kedua-dua bahan ini, dan masak menggunakan kaedah "double boiling" selama 2 - 3 jam.

2- Bawang putih & air
*250g bawang putih & 1L air
>Kisar bawang putih yang dicampurkan dengan sedikit air sehingga lumat. Campurkan dengan air sehingga menjadi 1L, dan simpan di dalam botol. Biarkan selama 2 - 3 hari sebelum digunakan.
-Cara penggunaa, campurkan 3-5ml pati bawang putih ini bersama 1L air, dan semburkan pada tanaman.

3- Bawang putih & cili padi
*5 ulas bawang putih, 5 tangkai cili padi, 1 cawan air, 1 sudu minyak masak & sesudu cecair pencuci basuh pinggan dan botol spray.
>Tumbuk bawang dan cili padi, campurkan dengan air secawan kemudian tapiskan. Masukkan ke dalam botol, dan tambah air sehingga menjadi 1L pati. Campurkan minyak masak dan cecair pencuci, goncangkan sehingga larut dan boleh digunakan.
Spray sahaja pada tanaman.

Macam resepi memasak pulak kan. Sesuai untuk suri rumah yang ada kebun mini, gunakan bahan yang ada di dapur sebaiknya. Selamat mencuba!



"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"

Comments

  1. Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts