Azolla dan Kelebihannya
Salam Sejahtera semua.
Pernah dengar tentang Azolla?
Kebelakangan ini, azolla mula mendapat perhatian dan mendapat permintaan tinggi. Tetapi, apakah sebenarnya azolla ini?
Kebelakangan ini, azolla mula mendapat perhatian dan mendapat permintaan tinggi. Tetapi, apakah sebenarnya azolla ini?
Azolla merupakan sejenis tumbuhan berwarna hijau dari keluarga Azollaceae iaitu tumbuhan akuatik yang terapung di permukaan air. Azolla ini lebih dikenali sebagai Organic Superfood kerana kandungan nutrientnya yang sangat tinggi, terutama sekali kandungan Protein. Azolla dijadikan sebagai sumber makanan ternakan seperti itik, ikan, lembu, ayam dan lain-lain.
Azolla kaya dengan kandungan protein, asid amino penting, vitamin seperti vitamin A, vitamin B12 dan beta carotene, pelbagai jenis mineral seperti kalsium (Ca), fosforus (P), kalium (K), iron (Fe) dan juga magnesium (Mg). Dalam keadaan kering, azolla mengandungi 25-35% kadar protein. Akan tetapi, kandungan karbohidrat pada azolla adalah rendah.
Disebabkan kandungan nutrient dan serat yang tinggi di dalam azolla ini, ia semakin mendapat permintaan dalam kalangan penternak kerana dengan mencampurkan azolla dalam diet makanan haiwan ternakan (dengan nisbah 30% dedak + 70% azolla), dapat menjimatkan kos makanan, di samping haiwan-haiwan ternakan mendapat makanan yang berkualiti tinggi.
Penjagaan azolla ini tidaklah sukar kerana azolla merupakan tumbuhan yang senang untuk dibiakkan. Hanya memerlukan kolam takungan air ataupun akuarium, letakkan azolla di dalam tangki tersebut dan dan dedahkan dengan cahaya matahari. Azolla akan membiak dengan cepat. Jika ada sedikit baja tahi kambing atau apa saja baja organik, boleh dicampurkan sekali dalam air tersebut. Ataupun, biakkan sahaja azolla di dalam kolam-kolam ikan. Terus boleh dijadikan sebagai makanan ikan.
Untuk menjimatkan kos, mungkin para penternak haiwan dan juga ikan boleh mula untuk membiakkan azolla dan dicampurkan bersamadiet utama haiwan ternakan.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit manfaat untuk semuan.
"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"
Comments
Post a Comment