Effective Microorganisms (EM)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.
Hari ini kita nak bercerita tentang Effective Microorganisms. Pernah dengar tak? Ala yang kita selalu panggil EM tu. Nama glamour dia EM, nama panjang betul dia "Effective Micooranisms".
Apa kelebihan EM ni? Kenapa orang dok sebut-sebut pasal EM ni? Kalau kata tanah ada masalah, suruh guna EM. Kalau tanah kurang subur, suruh guna EM. Kalau lembu bau busuk pun suruh guna EM? Apa sebenarnya EM ni?
Meh kita cerita serba sedikit tentang EM ni.
Effective Microorganisms ini merupakan gabungan beberapa jenis organisma yang berlaku secara semula jadi yang boleh digunakan sebagai inokulan untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob dalam ekosistem tanah. EM ini terdiri daripada bakteria baik terutamanya bakteria fotosintesis, bakteria laktik asid, yis, actinomycetes (bakteria yang membantu dalam proses pereputan), dan kulat penapai (proses penapaian). Bakteria-bakteria ini boleh hidup bersama dalam bentuk cecair.
EM ini digunakan dalam tanah, tanaman dan juga ternakan.
Banyak kajian yang telah dijalankan oleh kumpulan penyelidik di dunia untuk membuktikan kebaikan EM ini.
Antara kelebihan penggunaan EM ini adalah meningkatkan populasi bakteria baik dalam tanah, menyekat penyakit/patogen bawaan tanah, meningkatkan proses penguraian bahan organik, dan meningkatkan ketersediaan nutrien mineral bahan organik yang penting untuk tumbuhan.
EM ini juga meningkatkan aktiviti mikroorganisma baik yang bermanfaat untuk tanah, Dan juga EM membantu dalam peningkatan kesuburan tanah yang juga membantu dalam tumbesaran pokok, pembungaan dan pembesaran dan kemasakan buah.
EM ini juga meningkatkan aktiviti mikroorganisma baik yang bermanfaat untuk tanah, Dan juga EM membantu dalam peningkatan kesuburan tanah yang juga membantu dalam tumbesaran pokok, pembungaan dan pembesaran dan kemasakan buah.
Kalau nak cerita lagi pasal kelebihan EM, memang banyak. Disebabkan kelebihan-kelebihan ini, EM digunakan secara meluas di dunia. Bukan sahaja terhad kepada industri tanaman, bahkan digunakan dalam industri ternakan.
Dari segi penggunaan EM ini, bergantung kepada jenis atau jenama yang dibeli. Kebiasaanya, EM yang dijual adalah dalam bentuk yang tidak aktif. Maka proses pengaktifkan EM perlu dilakukan. Cara untuk mengaktifkan EM ini adalah dengan memberi sumber makanan kepada EM. Bukan bagi nasi lemak ya 🤣🤣 Sumber makanan yang diperlukan oleh EM adalah dari sumber gula, iaitu boleh menggunakan molasses atau gula perang. Apabila EM dicampurkan dengan molasses, ia perlu diperam untuk mengaktifkan EM ini.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda serba sedikit berkenaan kelebihan dan penggunaan EM ini.
Dan jangan lupa lawati dan Follow kami di Facebook untuk info-info yang lebih menarik dalam bidang pertanian ini.
https://www.facebook.com/formeniagaTC/
"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"
Comments
Post a Comment