Kepentingan pH Tanah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini kita nak berkongsi tentang pH tanah.
Kenapa pH tanah ini penting untuk tanaman? Selalunya sebelum memulakan proses menanam, ramai yang akan minta untuk check pH tanah. Bukan pembajaan ke yang penting?
pH tanah memainkan peranan penting bagi memastikan nutrient2 (baja) yang anda berikan diserap oleh akar pokok.
Seperti yang telah anda lihat rajah di bawah, pH optimum untuk penyerapan nutrient oleh akar pokok adalah pH 6.5 -pH 7.5... Hal ini kerana, semua nutrient yang diperlukan tumbuhan 'available' secara optimum pada julat pH ini.
Sebagai contoh, Phosphorus (P) diserap oleh pokok dalam bentuk ion iaitu phosphate (P2O5-). Apabila kondisi tanah terlalu alkali, phosphate akan mempunyai reaksi dengan Magnesium dan Calcium, lalu menghasilkan bentuk yang lebih stabil tetapi kurang soluble. Bentuk yang stabil dan kurang soluble ini sukar dipecahkan dan menyebabkan P yang anda bekalkan untuk pokok itu kekal di dalam tanah.
Walaupun anda telah berikan baja secukupnya pada tanaman anda tetapi sesetengah nutrient yang anda berikan 'terpenjara' di dalam tanah kerana pH tanah terlalu acidic / alkali. Jadi adalah sangat penting untuk anda memastikan yang pH tanah anda berada dalam tahap OPTIMUM supaya nutrient yang anda bekalkan, dapat diserap dengan baik oleh tanaman anda. Dan yang paling penting sekali, pembaziran nutrient tidak berlaku.
Sekian untuk perkongsian kali ini.
"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"
Comments
Post a Comment