Khasiat Halia

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sedikit perkongsian harini adalah berkenaan herba Halia.
Halia bukan sahaja dikategorikan dalam rempah ratus, tetapi juga boleh digunakan sebagai herba kerana khasiatnya yang pelbagai.

Halia merupakan sebahagian adik-beradik atau di dalam keluarga yang sama dengan Kunyit, Pelaga, dan Lengkuas.
Khasiat utama halia adalah pada kandungan Gingerol, iaitu bahan aktif yang bersifat anti-keradangan.

Khasiat lain halia adalah dapat membantu dalam proses penghadaman makanan, membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

Untuk halia yang telah diproses menjadi ubatan, ia dipercayai dapat membantu mengurangkan batuk, migrain, sakit gigi dan senggugut. Kebiasaannya dalam bidang perubatan, halia ini diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, atau pati halia. Dan semestinya, halia digunakan secara meluas dalam masakan, sebagai bahan perasa.

Kaum Adam, tahu bezakan tak antara halia, kunyit dan lengkuas? 



Jangan lupa Like dan Follow Facebook kami di:
https://www.facebook.com/formeniagaTC/

"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"






Comments

Popular Posts