Khasiat Pegaga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selalu kita berkongsi tentang pertanian kan, pasal tanah la, pasal baja la.
Jadi hari ini kita nak berkongsi tentang herba pulak. Masih lagi dalam cabang tanaman kan.

Ulam-ulaman dan herba ni dah lama ada dalam makanan kita. Bukan sekadar sebagai makanan, tetapi juga digunakan sebagai perubatan alternatif sejak zaman dahulu kala lagi. Sebelum wujudnya perubatan moden, zaman atuk nenek moyang kita dah amalkan pemakanan herba dan ulam-ulaman ni. Kita je yang malas nak amalkan sekarang. Makan sayur moden je sekarang, Asparagus la, brokoli la.

#Herbapilihan kita pada hari ini adalah Pegaga.
Apa kelebihan pegaga ni? Dahlah rasa pahit kan? ðŸ˜…


Banyak kelebihan ulam pegaga ni. Orang kata, kalau sentiasa amalkan jus pegaga ni, boleh awet muda tau. Orang kata la.

Lagi? Pegaga ni pun dikatakan penyelamat ketika cirit-birit. Agak-agak tak sempat nak pergi klinik, blend ja daun pegaga ni buat jus. Minum ikut sesedap rasa.

Nak tanam pegaga ni pun senang je. Letak je kat tanah, hiduplah dia. Cepat merebak pulak tu. Nak tanam dalam pasu pon boleh. Senang kan?

Kat bawah ni ada infografik tentang kelebihan lain untuk pegaga ni. Jenis-jenis pegaga pun ada juga.

Semoga bermanfaat untuk semua 

Lawati kami di Facebook untuk maklumat lanjut dan juga info-info terkini:
https://www.facebook.com/formeniagaTC/

Comments

Popular Posts