Pembajaan melalui teknik Foliar
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pernah dengar tentang FOLIAR?
Dalam kalangan petani atau pekebun, istilah ini mungkin tidak asing kepada mereka, akan tetapi kepada yang baru menjinakkan diri dalam bidang pertanian, istilah ini mungkin sedikit asing kepada mereka.
Foliar merupakan salah satu teknik dalam pemberian baja/nutrien kepada tanaman yakni dengan cara semburan. Selain daripada pemberian baja secara terus kepada medium tanaman, teknik semburan juga boleh dilakuan (dalam bentuk cecair).
Berikut adalah 8 soalan penting bagi meningkatkan kefahaman kepentingan pembajaan melalui foliar.
1. Bolehkah pokok menyerap nutrien melalui daun?
Pada 1950an, kajian oleh Michigan State University, menunjukkan pokok yang disembur dengan Kalium (K) dan Fosfat (P) menunjukkan pergerakan dan penggunaan kedua nutrien ini pada keseluruhan pokok.
2. Adakah pembajaan melalui foliar akan diserap terus oleh daun atau ianya akan menitik jatuh ke tanah dan diserap oleh akar?
Kajian dengan Urea disemburkan kepada pokok pisang, kopi dan epal menunjukkan 65% nutrien telah diserap dalam masa 25minit. Keseluruhan foliar diserap diantara 24-30jam oleh pokok.
3. Bagaimana nutrient yang disembur melalui foliar diserap?
Liang transtikular terdapat di atas dan di bawah daun yang sentiasa terbuka. Manakala bahagian bawah daun terdapat stomata yang apabila terbuka akan dapat menyerap lebih baik nutrient. Oleh kerana itu disarankan pembajaan melalui foliar dilakukan seawal pagi.
4. Adakah hanya bahagian daun sahaja yang menyerap nutrien?
TIDAK. Kajian menunjukkan nutrien juga diserap oleh pucuk muda, anak tunas, ranting serta dahan, bunga dan buah. Olehitu pembajaan foliar boleh dilakukan sepanjang musim.
5. Adakan pelekat/surfactant akan meningkatkan keberkesanan foliar?
YA. Ianya akan membantu nutrien melekat dan tersebar keseluruhan daun dengan lebih lama terutamanya ketika musim hujan.
6. Adakah pembajaan foliar hanya sebagai 'lauk tambah'?
Pembajaan foliar sangat sesuai mengatasi masalah 'lock up' nutrien dalam tanah. Ianya juga berupaya menggantikan kekurangan elemen utama seperti makro elemen pada pokok.
7. Adakah pembajaan foliar mempunyai kesan negatif?
Pembajaan foliar banyak melibatkan masa dan peralatan yang tidak diperlukan oleh sistem fertigasi. Jika baja/teknik kurang sesuai, ianya akan menyebabkan daun lebih mudah terbakar. Namun, pembajaan foliar lebih menjimatkan jika keperluan pokok dapat diseimbangkan melalui pemberian baja lain samada secara konvensional atau fertigasi.
8. Adakah pembajaan foliar boleh menggantikan pembajaan melalui tanah?
TIADA jawapan khusus mengenai perkara ini. Ini kerana keseimbangan Kalsium dan Magnesium masih diperlukan bagi memastikan kemasukkan oksigen melalui akar. Terdapat juga isu mengenai pemberian elemen tertentu dalam kitaran hidup pokok yang mungkin akan memberikan kesan negatif pada produktiviti. Sebagai contoh elemen Boron akan mudah bergerak dalam pokok. Tetapi bagi pokok limau, ianya akan menjadi immobile, lalu pemberian melalui foliar diperlukan.
Daripada sini, kesimpulan yang dibuat, pembajaan melalui foliar adalah salah satu keperluan PENTING kepada pokok sepanjang musim. Ianya dapat membantu mengurangkan kos pembajaan kerana penyerapan yang lebih baik sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.
Comments
Post a Comment