Perlite Sebagai Media Tanaman
PERLITE SEBAGAI MEDIA TANAMAN
==============================
==============================
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pernah dengar tentang PERLITE? Pernah lihat PERLITE?
Perkongsian hari ini adalah berkenaan PERLITE.
Perlite merupakan sejenis mineral yang terhasil daripada letusan gunung berapi pada suhu 1600 darjah selsius yang mengembang sehingga 13x ganda daripada saiz asal. Disebabkan saiz perlite ini kecil, yakni berbentuk batuan halus, luas permukaannya tinggi, dan uniknya, perlite ini adalah sangat ringan.
FUNGSI PERLITE
1- Perlite digunakan secara meluas sebagai medium tanaman bagi teknik Hidroponik dan Aquaponik kerana ia membantu dalam penapisan air.
1- Perlite digunakan secara meluas sebagai medium tanaman bagi teknik Hidroponik dan Aquaponik kerana ia membantu dalam penapisan air.
2- Sebagai bahan tambahan bagi memastikan medium tanaman menjadi poros (peroi, tidak padat), supaya tiada air berlebihan yang akan merosakkan akar.
3- Berupaya untuk meningkatkan proses peredaran dan pengaliran udara di dalam tanah / media tanaman supaya akar boleh menjadi lebih aktif.
4- Merupakan antara media terbaik bagi semaian keratan kerana sangat membantu dalam proses pengakaran.
Perlite boleh digunakan 100% sebagai media tanaman (Hidroponik & Aquaponik), atau juga boleh dicampurkan dengan media tanaman lain seperti cocopeat dan peatmoss. Nisbah campuran kebiasaannya adalah 1:1 ataupun mengikut kesesuaian.
Sekian untuk perkongsian hari ini, semoga dapat memberikan sedikit ilmu buat anda semua.
"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"
Comments
Post a Comment