Rawatan untuk Mengoptimumkan pH Tanah
Assalamualaikum dan Selamat petang.
Sebelum ini kita pernah berkongsi tentang kepentingan pH tanah atau media dalam proses penanaman.
Boleh lihat pada perkongsian sebelum ini.

Hari ini kita nak berkongsi sedikit ilmu tambahan berkenaan pH juga, iaitu apa yang perlu dilakukan jika pH tanah kita berada bukan di paras optimum.
pH tanah yang optimum adalah sekitar 6.5 - 7.5.
Kebiasaanya, antara penyumbang kepada keasidan tanah dan media adalah disebabkan hujan. Umum mengetahui, hujan di Malaysia ini adalah hujan yang berasid, maka pendedahan yang kerap akan mengakibatkan tanah atau media akan menjadi berasid.

Jadi apa yang perlu dilakukan jika media tanaman kita berasid?
Perkara yang penting untuk dilakukan adalah merawat mdia, dengan cara membuat pengapuran. Sifat kapur adalah beralkali, maka dengan mencampurkan kapur kepada media tanaman kita, akan mebantu untuk menaikkan pH daripada asidik kepada pH yang optimum.
Antara bahan-bahan yang biasa digunakan sebagai perawat media adalah; Kapur pertanian, Zeolite, Dolomite Lime.
1- Kapur Pertanian.
-Dikenali juga dengan nama Calcium carbonate atau Ground Magnesium Lime (GML), datang dalam bentuk serbuk, dan berwarna putih. Kebiasaannya, kapur pertanian ini digaul bersama media tanaman / tanah sebelum dimasukkan kedalam polibeg / pasu tanaman. Selain daripada dapat membantu untuk mengatasi masalah pH media yang berasid, kapur pertanian juga boleh membekalkan kandungan kalsium (Ca) dan magnesium (Mg) kepada media tanaman dan juga dapat membantu akar dalam proses penyerapan nutrient daripada media.

2- Zeolite
- Dalam bentuk butiran halus (bulat-bulat kecil), dan merupakan sumber bahan organik kerana zeolite datangnya daripada gunung berapi. Zeolite berfungsi sebagai perawat media tanaman di mana ianya bersifat poros yang boleh menapis air lalu mengawal nilai pH media tanaman. Penyerapan airnya adalah sehingga 55% dan akan melepaskan air secara perlahan-lahan kepada media tanaman. Disebabkan bentuknya seperti batuan bulat halus, ia bersifat slow-release dan tahan lebih lama pada media tanaman. Zeolite juga merupakan sumber kalium (K) kepada tanaman. Dalam masa yang sama, penggunaan zeolite juga mampu untuk mengurangkan masalah pereputan akar (root rot) dan juga meningkatkan daya ketahanan pokok terhadap air hujan. Dan yang paling penting, zeolite adalah organik.

3- Dolomite
- Merupakan salah satu alternatif di bawah kapur pertanian, dan lebih menjadi pilihan pengguna berbanding kapur pertanian yang lain. Dolomite mengandungi magnesium (Mg), kalsium (Ca) dan silika membantu dalam bukan sahaja merawat pH media tanaman, tetapi juga membantu dalam memperbaiki struktur tanah. Boleh juga digunakan dalam proses pembuatan kompos di mana dolomite mebantu untuk menambahkan kandungan mineral di dalam kompos tersebut.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini, dan diharapkan dapat memberi sedikit ilmu untuk anda semua.
"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"
Jangan lupa Like dan Follow kami di Facebook untuk info-info terkini.
https://www.facebook.com/formeniagaTC/
Untuk merawat tanah yang beralkali bagaimana ya?
ReplyDelete