JENIS-JENIS BAJA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Posting sebelum ini kita ada bercerita tentang cara-cara atau teknik pembajaan. Posting kali ini kita akan kongsikan tentang jenis-jenis baja yang terdapat di pasaran.
Kebanyakan dari kita pastinya sudah cakna tentang pelbagai jenis baja yang mudah didapati sekarang ini.

Mungkin posting kali ini dapat menambah serba sedikit pengetahuan sedia ada para pembaca sekalian.
Jenis-jenis baja yang terdapat di pasaran boleh diklasifikasikan mengikut beberapa ciri-ciri:
1- Jenis baja; Baja Organik atau Baja bukan Organik
2- Bentuk baja; Baja Pepejal (Solid) atau Baja Cecair (Liquid)
3- Tingkah laku baja; Pembebasan nutrient secara perlahan (slow release) ataupun secara laju (fast release)

BAJA ORGANIK vs BAJA BUKAN ORGANIK
- Baja organik adalah baja yang terdapat secara semula jadi dan tidak melalui proses kimia dalam penghasilan baja tersebut. Antara bahan organik yang mudah didapati di pasaran adalah tinja kambing, tinja ayam, tinja arnab, guano (najis kelawar), dan juga kompos. Kebiasaannya, kandungan nutrient dalam baja organik adalah rendah, bersifat mesra alam, tidak mmbahayakan tanaman dan juga tanah dan juga membantu dalam merawat struktur tanah untuk jangka masa panjang.
- Baja bukan organik atau lebih dikenali sebagai baja kimia adalah baja buatan manusia yang melalui beberapa proses kimia dalam penghasilan baja tersebut, Formulasi baja adalah berbeza mengikut jenis tanaman dan juga peringkat tumbesaran pokok (tanaman yang berbeza memerlukan jumlah nutrien yang berbeza). Kadar pemberian baja kimia ini perlulah tepat kerana jika diberikan secara berlebihan kepada tanaman, akan menjadi toksik kepada tanaman dan juga akan mengakibatkan kadar kesuburan tanah menurun (kemungkinan tanah akan menjadi terlebih asidik).

BAJA PEPEJAL (SOLID) vs BAJA CECAIR (LIQUID)
- Di pasaran, kedua-dua bentuk baja ini mudah didapati, akan tetapi baja pepejal sering menjadi pilihan kerana mudah untuk dikendalikan (pengangkutan) dan juga penyimpanan. Baja pepejal datang dalam bentuk serbuk (powder) ataupun butiran (granules).
- Baja cecair wujud dalam bentuk anhydrous ammonia, cecair aqeous ammonia, ammonia nitrat dan juga urea dan selalunya dalam bentu cecair pekat. Baja pekat ini perlu dilarutkan terlebih dahulu untuk menghasilkan larutan baja pada kepekatan tertentu. Kelebihan baja cecair adalah ia boleh terus diserap oleh akar akan tetapi, kekerapan pemberian baja cecair kepada tanaman adalah lebih tinggi berbanding baja pepejal kerana proses larut resap baja cecair adalah lebih tinggi.
- Terdapat juga baja pepejal yang perlu dilarutkan terlebih dahulu sebelum digunakan ; baja fertigasi AB yang kebiasaannya hadir dalam bentuk butiran halus, dan perlu dilarutkan terlebih dahulu untuk mendapatkan pati sebatian baja tersebut.

TINGKAH LAKU BAJA
- Terdapat sesetengah jenis baja yang dirumus khas untuk memastikan nutrien yang terdapat pada granule atau ketulan baja tersebut dibebaskan secara perlahan (slow release). Baja jenis ini adalah sangat sesuai untuk media tanaman yang berasaskan pasir kerana dengan penggunaan baja seperti ini boleh mengurangkan masalah larut resap baja yang terjadi ketika proses pengairan.
- Kelebihan baja jenis slow release ini juga adalah nutrien tahan lebih lama di dalam tanah kerana nutrien yang dibebaskan adalah sangat sedikit pada satu-satu masa, dan biasanya kekerapan pemberian baja untuk baja jenis ini adalah rendah, di mana ketahanan baja ini di dalam tanah boleh mencapai 2 - 3 bulan (bergantung kepada jenis media tanaman & juga amalan pengairan).

Sekian untuk perkongsian kali ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan juga pengetahuan.
Comments
Post a Comment