Magnesium sulphate (Mgs) ? Epsom Salt
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perkongsian hari ini kita nak bercerita tentang Magnesium sulphate (Mgs) atau juga dikenali sebagai Epsom Salt.
Ramai dalam kalangan petani yang sering menggunakan epsom salt ini, sehinggakan setiap kali stok sampai, akan terus habis.
Apa kelebihan dan kegunaan epsom salt ini?
Epsom salt juga dikenali dengan nama Garam Inggeris, yang terdiri daripada 2 mineral utama iaitu Magnesium dan juga Sulphate. pH epsom salt ini adalah neutral dan bersifat larut-air. Sering dijadikan sebagai supplement atau booster kepada tanaman.
Antara kelebihan menggunakan Epsom salt pada tanaman adalah:
Antara kelebihan menggunakan Epsom salt pada tanaman adalah:
1- Meningkatkan peratusan percambahan biji benih
> Kandungan magnesium membantu dalam menguatkan dinding sel biji benih sedari awal proses percambahan.
> Kandungan magnesium membantu dalam menguatkan dinding sel biji benih sedari awal proses percambahan.
2- Meningkatkan kadar penyerapan nutrien yang diperlukan oleh akar pokok (nitrogen fosforus dan sulfur)
> Campuran epsom salt pada tanah akan membantu untuk meningkatkan proses penyerapan nutrien oleh akar.
> Campuran epsom salt pada tanah akan membantu untuk meningkatkan proses penyerapan nutrien oleh akar.
3- Mencegah daun kerinting
> Masalah daun kerinting selalunya terjadi disebabkan oleh kekurangan magnesium pada tanah. Kebiasaannya berlaku kepada tanaman tomato dan cili. Dengan mencampurkan sedikit epsom salt, masalah daun kerinting dapat dikurangkan.

4- Melebatkan bunga dan buah
> Untuk pokok yang berbuah atau tanaman berbunga, epsom salt boleh ditaburkan pada tanaman untuk melebatkan bunga dan juga menjadikan rasa buah lebih manis. Saiz bungan juga dapat ditingkatkan menjadi lebih besar dan lebat.

5- Menguatkan pokok
> Penggunaan epsom salt ini dapat membantu meningkatkan daya tahan pokok yakni dengan menguatkan rintangan pada penyakit dan juga serangan perosak tanaman.
> Penggunaan epsom salt ini dapat membantu meningkatkan daya tahan pokok yakni dengan menguatkan rintangan pada penyakit dan juga serangan perosak tanaman.
Disebabkan kelebihan-kelebihan ini, Mgs ataupun epsom salt ini sering menjadi pilihan bagi penanam tidak kira secara komersil ataupun secara kecil-kecilan. Tidak terhad kepada penanam pokok sayuran, tetapi juga penanam pokok bunga-bungaan juga sering menggunakan Epsom salt ini.
Sekian perkongsian pada kali ini. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak manfaat.
"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"
'
Comments
Post a Comment