PROSES PEMINDAHAN POKOK

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Perkongsian hari ini adalah tentang cara-cara untuk memindahkan pokok dewasa atau yang telah matang.
Proses ini adalah khas untuk pokok yang ditanam terus di dalam tanah.

Kadang-kadang bila kita terpaksa berpindah ataupun ruang untuk tanaman semakin berkurangan, kat mana pulak kita nak alihkan pokok-pokok kita kan? Kalau tang ditanam dalam pasu, senang. Boleh pindahkan pasu sahaja, tetapi kalau yang ditanam terus di dalam tanah? Risau pokok mati pula nanti.

Jadi kali ni kita nak kongsikan bagaimana nak pindahkan pokok. Contoh pokok yang kita gunakan adalah pokok tin, boleh juga digunapakai cara yang sama untuk pokok-pokok yang lain.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1- Pokok hendaklah di prun terlebih dahulu ataupun dipangkas. Ini adalah untuk mengurangkan pengambilan air dan nutrien dan juga untuk mengurangkan kadar kelayuan pokok. Seeloknya dibuang keseluruhan daun dan juga dahan-dahan kecil.

2- Selepas pokok dipangkas, dahan-dahan hendaklah disapu dengan tree sealant ataupun tree dressing untuk mengelakkan jangkitan kulat.

3- Untuk penggalian akar, seeloknya dilakukan secara perlahan-lahan (bukan dicabut dengan cara menarik dengan kuat). Gali di sekeliling pokok untuk memudahkan akar ditarik dan juga untuk mengurangkan kecederaan pada akar pokok.

4- Selepas pokok dikeluarkan, boleh dipindahkan terus ke dalam pasu atau polibeg. Jika ingin jadikan 'bareroot' pun boleh juga, di mana 'bareroot' ini sering diaplikasikan oleh penjual yang ingin menghantar pokok kepada pelanggan melalui pos.

Sekian perkongsian untuk kali ini.
'Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari'
#formeniaga #formeniagatrainingcentre










Comments

Popular Posts