TANAH BERALKALI - APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang perlu dibuat jika tanah terlalu berasid?
Rawat tanah dengan menggunakan kapur, seperti yang telah kita kongsikan pada posting sebelum ini.

Apa yang perlu dibuat jika tanah terlalu beralkali?
Situasi ini jarang berlaku di Malaysia kerana tanah di Malaysia lebih cenderung untuk mengalami masalah berasid disebabkan faktor seperti hujan asid.

Akan tetapi jika kita dapati tanah atau media tanaman kita mempunyai pH yang tinggi, ke arah alkali, apa yang perlu dilakukan untuk mengoptimumkan pH media kita semula?

Perkongsian hari ini adalah untuk merawat tanah jika mengalami masalah terlebih alkali.

Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk penurunkan pH media adalah dengan menambah kandungan nitrogen kepada media. Cara ini boleh dilakukan dengan menambah kompos, najis haiwan yang telah diporoses, ataupun sebarang sungkupan organic seperti alfalfa ataupun bonemeal untuk membantu menurunkan pH tanaman di mana bahan-bahan organik ini akan membantu untuk meningkatkan populasi bakteria di dalam media tanaman.
Penggunaan bahan organik ini mampu untuk menurunkan pH media akan tetapi penurunan yang berlaku adalah dalam julat yang sedikit, sekita 0.5 sahaja.

JIka penurunan pada skala yang lebih besar diperlukan, salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan menambah sulfur kepada media tanaman. Ataupun boleh juga ditaburkan dengan baja Urea atau Urea phosphate, di mana penggunaan bahan ini dikatakan leboh cepat dalam menurunkan pH media dan juga julat penurunan adalah lebih tinggi berbanding penggunaan bahan organik.

Jangka masa untuk mendapatkan pH media yang optimum selepas rawatan dilakukan adalah dalam masa 7 hingga 14 hari. Selepas tempoh tersebut, pH media perlu diuukur semula untuk melihat perubahan pada pH media tanaman. Jika tiada sebarang perubahan yang terjadi, proses rawatan media perlu dilakukan lagi sehingga mendapat pH yang optimum.

Sekian perkongsian untuk kali ini.
Jika anda ada topik-topik atau soalan yang hendak kami kupaskan, boleh la inbox kami dan kami akan sedaya upaya untuk membantu menjawab kemusykilan anda.

"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"
#formeniaga #formeniagatrainingcentre

Comments

Popular Posts