TEKNIK PEMBAJAAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🤭
Perkongsian hari ini adalah berkenaan teknik pembajaan. Tumbuhan memerlukan sebagai nutrien tambahan dalam proses tumbesaran, dan umum mengetahui bahawa baja yang berkualiti, harganya agak mahal. Jika teknik pemberian baja tidak dilakukan dengan betul, akan berlaku pembaziran kerana nutrient tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tumbuhan.
Yang biasa kita buat, tabur je baja-baja tu pada pokok. Lepas tu hujan, baja pun mengalir ikut air hujan. Kan dah membazir 😅
Terdapat beberapa teknik dan juga cara pembajaan yang boleh diamalkan untuk mengoptimumkan pengambilan nutrien (nutrient uptake) oleh tanaman.
1- Teknik jalur atau jajar (Band or row placement)
: Pembajaan cara ini, baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah atau di bawah biji benih. Akan tetapi, perlu berhati-hati jika mengamalkan cara ini supaya tidak terlalu dekat atau terkena biji benih. Sebagai contoh ketika menanam jagung, baja asas dilbubuh pada kedudukan 2inc - 4inc di sebalah dan di bawah biji benih ketika menanam. Cara ini sesuai digunakan untuk tanaman yang ditanam secara berbari di batas seperti jagung, kacang soya, kacang tanah, sekoi dan sebagainya.

2- Teknik taburan
: Cara ini yang paling senang dan cepat untuk dilakukan. Akan tetapi, teknik taburan ini, untuk memastikan baja tersebut tidak terbazir begitu saha oleh larut resap air, baja perlulah digaul ke dalam tanah. Kebiasaannya cara ini sesuai untuk tanaman sayur-sayuran yang ditanam di batas seperti sawi, kangkung, kailan dan sebagainya.

3- Baja permukaan (Top dressing)
: Menabur baja di permukaan tanah dilakukan ketika tanaman sedang membesar, dan kebiasaannya hanya baja nitrogen sahaja yang digunakan untuk baja permukaan. Ini kerana baja nitrogen mudah diserap dan hanya sebahagian sahaja yang dibubuh semasa menanam, selebihnya dibubuh ketika tanaman sedang membesar.

4- Pembajaan sisi (Side dressing)
: Cara ini dipraktikkan untuk tanaman yang ditanam secara berbaris dan berjunjung. Baja akan dibubuh di sisi tanaman, dan biasanya hanya untuk baja nitrogen.

5- Pembajaan berpoket (Pocket placement)
: Cara ini, baja akan berada di dalam tanah lebih lama kerana tidak terdedah di permukaan tanah. Lubang-lubang kecil dibuat di sekeliling pokok, selari dengan kanopi pokok. Baja akan diletakkan di dalam lubang-lubang tersebut dan dikambus. kebiasaanya cara ini digunakan untuk tanaman seperti kelapa sawit, durian, rambutan dan ada juga diaplikasikan untuk tanaman berumbisi seperti ubi keledek.

6- Penyemburan daun (Foliar application)
: Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur micro kepada tanaman seperti zinc, ferum, boron ataupun kuprum. Cara ini juga menjadi kegemaran petani bukan sahaj untuk unsur micro, bahkan untuk baja utama kerana dengan teknik ini, tumbuhan akan dapat menyerap nutrient secara terus. Baja buah dan baja daun kebisaannya diaplikasikan dengan teknik ini. Akan tetapi, teknik ini hanya sesuai untuk baja cecair sahaja. Dengan kemajuan teknologi masa kini, proses pembajaan menjadi lebih tepat (precision farming) di mana drone, mini pesawat digunakan dalam pemberian baja, supaya baja yang diberikan adalah dalam jumlah yang betul, mengikut keperluan tanaman dan juga dapat mengelakkan pembaziran.

Sekian untuk perkongsian kali ini. Sama-sama kita mendapat ilmu dan menuntut ilmu untuk memajukan sektor pertanian di Malaysia.
Comments
Post a Comment