TEKNIK SEMAIAN BIJI BENIH
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perkongsian santai hari ini adalah berkenaan penyemaian biji benih.
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk menyemai biji benih, berdasarkan pengalaman dan keselesaan masing-masing.
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk menyemai biji benih, berdasarkan pengalaman dan keselesaan masing-masing.
Teknik semaian yang kami nak kongsikan adalah teknik yang biasanya dilakukan iaitu teknik asas dan teknik ini juga kami aplikasikan di kebun kami.
1) Rendamkan biji benih di dalam bekas berisi air untuk melembutkan selaput biji benih bagi memudahkan proses percambahan. Sebaiknya campur chitosan untuk hasil yang bebas penyakit.
2) Sediakan dulang semaian (tray semaian) bersama dengan media petmoss sedalam separuh dari lubang tray tersebut. Peatmoss diperbuat daripada lumut kering yang banyak dihasilkan di Negara Belanda/Holland.
3) Buat lubang pada peatmoss tersebut, cukup sebesar jari telunjuk dan tidak perlu terlalu dalam.
4) Seterusnya, masukkan biji benih ke dalam lubang tadi, kambus, siram (lembapkan) dan siap!!
P/S: Untuk proses percambahan, benih memerlukan lembapan yang tinggi, jadi janganlah letak tray semaian tu bawah matahari terus ya. Bagi redup, lembap, nak lagi baik tutup dengan surat khabar basah dan plastik hitam.
Sekian untuk perkongsian kali ini. Diharap dapat memberi sedikit manfaat untuk pembaca sekalian.
"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"
Comments
Post a Comment