Pertanian Organik atau Organic Farming
PERTANIAN ORGANIK
==================
Pertanian organik merupakan salah satu alternatif bagi sistem pertanian yang yang diwujudkan pada awal abad ke-20 di mana, kaedah ini diwujudkan sejajar dengan perubahan kepada sistem pertanian. Pertanian organik ini adalah satu sistem holistik yang direka untuk mengoptimakan pengeluaran di dalam ekosistem-agro yang melibatkan organisma tanah, tumbuhan, haiwan ternakan dan juga manusia. Prinsip utama dalam pertanian organik adalah untuk membangunkan hubungan yang lestari dan harmoni dengan alam sekitar.
Konsep pertanian organik adalah untuk menghasilkan bahan makanan yang bebas daripada bahan-bahan kimia dan juga selamat untuk dimakan. Hal ini adalah disebabkan tanaman konvensional yang diamalkan sedari dahulu lagi mengutamakan penggunaan baja dan racun kimia untuk melindungi tanaman daripada serangan makhluk perosak dan juga penyakit, dan dalam masa yang sama adalah untuk memastikan tanaman mendapat nutrient yang cukup untuk tumbesaran daripada bahan kimia tersebut.
Antara prinsip yang perlu dititikberatkan dalam pengamalan pertanian organik adalah:
1- Pemeliharaan alam sekitar, meminimumkan hakisan tanah, mengurangkan pencemaran, mengoptimakan produktiviti biologi dan juga menggalakkan keadaan kesihatan yang baik.
2- Mengekalkan kesuburan tanah untuk jangka masa panjang dengan cara mengoptimakan keadaan untuk aktiviti biologi di dalam tanah.
3- Mengekalkan kepelbagaian biologi di dalam sistem.
4- Mengitar semula bahan dan sumber semaksimum mungkin.
Berdasarkan prinsip-prinsip ini, Pertanian Organik bukanlah hanya satu kaedah di mana tiada penggunaan bahan kimia semata-mata. Akan tetapi, pertanian organik ini melibatkan keseluruhan ekosistem supaya kelestarian alam sekitar dapat dijaga.
Tanpa penggunaan baja dan racun kimia, hubungan antara alam sekitar dikekalkan, kitar semula daripada sumber tanaman sedia ada. Selaras dengan konsep utama ini, kami di Formeniaga Fig Farm menyahut seruan untuk mengaplikasikan konsep "Pertanian Organik" di kebun kami.
"Ke Arah Masyarakat Celik Tani Melalui Pertanian Lestari"
Comments
Post a Comment