TANAH SEMAIAN

Perkongsian ringkas hari ini adalah berkaitan tanah semaian. Proses menanam dimulakan dengan proses semaian biji nih. Ada yang lebih suka untuk menaburkan terus biji benih ke dalam tanah atau polibeg. Akan tetapi, seeloknya biji benih disemai terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke polibeg atau batas.

Masalah yang serind dihadapi adalah untuk memilih medium semaian yang sesuai untuk biji benih. Ada yang mengesyorkan untuk menggunakan peatmoss, ada juga yang mencadangkan untuk menggunakan tanah campuran dan sebagainya.

Apakah kriteria yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan mdium semaian?

1- Jika semaian secara terus kepada tanah, adalah disyorkan untuk menggunakan tanah kebun iaitu tanah lapisan teratas (topsoil). Lapisan tanah ini kebiasaanya mengandungi kandungan bahan organik yang tinggi yang membantu dalam proses percambahan biji benih.

Untuk semaian yang dilakukan di dalam dulang atau bekas semaian, beberapa kriteria tanah semaian perlu diambil kira. Antaranya ialah:
1- Ketumpatan tanah semaian adalah rendah, yang membawa maksud tanah yang ringan dan tidak padat. Tanah sebegini mempunyai ruang kosong dan ruang udara dan juga longgar, di mana ia membantu dalam proses percambahan biji benih.

2- Mudah mengalirkan udara dan air. Apabila tanah semaian longgar dan ringan, pengaliran udara dan air menjadi lebih baik.

3- Mampu menyimpan air dengan banyak. Biji benih memerlukan kelembapan yang tinggi untuk memecahkan dinding selaput biji benih tersebut, maka tanah yang sesuai adalah tanah yang mampu untuk memegang air pada kadar yang tinggi.

3- Mempunyai julat pH yang hampir neutral. Untuk proses percambahan, biji benih memerlukan keadaan pH yang hampir neutral, supaya proses percambahan tidak terbantut.

4- Tidak bergumpal atau berkerak dengan mudah. Jika tanah semaian senang untuk bergumpal, ini akan mengakibatkan tanah menjadi padat dan membantutkan proses percambahan biji benih.

Jika ditanya pendapat kami, kami akan mengesyorkan untuk menggunakan peatmoss sebagai medium semaian.
Peatmoss mempunyai semua kriteria diatas dan juga mempunyai zat makanan untuk biji benih.

Sekian perkongsian pada kali ini dan semoga anda mendapat sedikit ilmu melalui perkongsian ini.

"Ke arah masyarakat celik tani melalui pertanian lestari"

Comments

Popular Posts